I'M JUST SAID THE TRUTH. FORGIVE ME.

Assalamualaikum W.B.T

Hatta hari nie bermulalah sesi si kawan memerli aku kat twitter. Semalam aku perli dia. Hari silih berganti. Haha.

Let me share something. She is my friend since 2012. Dia pakai tudung labuh.

Tahun lepas untuk pertama kalinya dia couple. Bf dia sekelas dengan kami means kawan aku. So then diaorang selalu dating dalam kelas. Rapat sangat.

Aku nie pulak tak lah seberapa alim. Tudung pun tak terlampau labuh dan tak terlampau pendek. Just sedang-sedang saja. Aku nie pulak suka judge orang yang pakai tudung labuh. Tak kira kawan atau pun tak. Aku tetap judge sebab aku nak tau sejauh mana tudung dengan pergaulan seseorang.

Even dia kawan aku, aku judge dia dari hari ke hari, aku tengok dorang dating kaki ke kaki. Wow. I really hate this. Even aku tak pakai tudung labuh, aku tak pernah mcm tu.

So, aku bagi nasihat  secara berlapik. "kau imej muslimah jagalah pergaulan nanti apa orang kata and bla bla bla." Aku rasa nasihat aku diabaikan. Siapalah aku untuk bagi dia nasihat.

Yang aku ingat banyak kali aku nasihat tapi aku rasa mcm dia tak hirau. So, I give up.

Aku bukan nak nyibuk hal peribadi dia tapi aku nie sahabat yang tak nak tengok sahabat aku berkecipung dalam hal-hal . . .  Nauzubillah min zalik.

Tapi siapalah aku nak bg teguran.

Then dorang clash. Alhamdulillah la dia dilindungi.

Tiba-tiba aku dapat tau yang 2013 dia couple dengan orang lain. Aku tak nak lah percaya cakap orang. Dan aku tak nak ambil tau dia couple dengan siapa sbb aku tak nak fikir buruk pasal orang bertudung labuh.

Tapi satu hari aku nampak dengan mata kepala sendiri.

Ya Allah lindungilah dia. Aku tau kau jadikan aku orang tengah untuk selamatkan dia tapi aku tak layak untuk memberi teguran yang baik sebab dia lebih mengetahui apa yang dia buat

Aku sentiasa membandingkan dia dengan orang bertudung labuh yang lain.

Cara pergaulan lelaki and perempuan. Cara gelak tawa lelaki and perempuan. And bla bla.

Dan aku sedaya upaya untuk jauhi dia. Tapi skrg kami gaduh. Sadlife.

Aku tak suka tengok pergaulan dia. Kalau dia tak tudung labuh tak apa. Aku tak kesah. Aku tak nak dia fikir aku nie masuk campur hal peribadi dia. Aku tak suka dia fikir aku nie nyibuk dalam hidup dia.

Tapi please. Even aku tak pakai tudung labuh, aku tetap tak suka tengok pergaulan dia.

Semoga dalam lindungan Allah.

Dalam pada aku gaduh dengan kau nie, aku harap kau faham apa yang aku cuba sampaikan. Mintak maaf segala salah silap jika teguran aku kasar. Aku memang suka straight to da point.

Thanks kerana sudi membaca.

Au Revoir. Wassalam.

No comments:

Post a Comment